HARI KE-23

>> Tuesday, August 4, 2009

Hari ni pagi pagi lagi dah bangun,tiket dah confirm insyallah pukul 2 nanti berangkat lah ana ke bumi bangladesh. Semua telah diatur fitri bisnes patner dari bukit beruntung sedia untuk khidmat untuk ke airport. Rasa perasaan pun semacam je, padahal dulu sahabat pergi tak tahu balik ke tidak. sebab mereka pergi perang bawak pedang.kami bawak alas tidur,bawak stok makanan je hampir 2 beg. semua ada kari,kurma,kopi macam-macam kopi, kopi tenom hadiah dari rosse kk, kopi redguara pun ada abg nazir bawak dari bidor, ketupat nona..heheheh cadang untuk raya nanti,lemang segera pun ada.. Ya  Allah nie nak khuruj ke nak gi camping. Jangan salah faham makanan nie kita bawa nak menunjukkan kami tidak mengharapkan makanan dari org sana. kami nak supaya orang yang kami taskil mahu keluar jalan Allah juga. Sebab tu tak pernah kita dengar jemaah mintak makanan dari orang kampung. Hataa air sejuk segelas pun takde insyaallah.

Flight delay juga..errm airasia biasa le..akhirnya kami bergerak pukul 5pm.Siap bayar extra cargo rm800 gara-gara bawak makanan le tu.Flight mendarat di lapangan terbang zia pukul 6.45 waktu bangladesh. Kami disambut oleh jemaah dan terus dibawa ke masjid istiqbal. sembahyang magrib,makan dan terus bergerak ke markas di kakrail.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP