HARI KE-19

>> Friday, July 31, 2009

Khutbah jumaat hari agak keras juga kalau orang tak biasa buat usaha agama,khatib yang bertugas berpesan kita hanya harap kepada Allah je, kerana Allah ialah rob yang mencipta kita,yang memelihara semua alam.Jadi kita tidak perlu mengajak manusia kepada ekonomi,kerana dalam surah hud ayat 6 Allah dah jamin ekonomi orang islam,ekonomi Allah pasti tiada meleset.Pesan maulana Hamzah dalam bayan semalam kalaulah semua orang islam telah kembali kepada iman yang paling lemah..iaitu ada kekuatan untuk buat pekara yang fardu dan tinggalkan pekara yang haram,allah akan tarik ekonomi orang kafir dan serahkan kepada umat islam.Jadi usaha yang perlu dibuat adalah usaha dakwah cara nabi,kerana dengan usaha dakwah iman akan terbentuk.dengan iman manusia akan datang kepada amal.dengan manusia datang kepada amal maka bantuan Allah akan turun.
Siapakah yang lebih baik baik pertolongan  selain drp pertolongan Allah.Dalam khutbah tu lagi khatib berkata kita tak payah ajak manusia kepada kerajaan dan senjata sebaliknya ajak je manusia kepada Allah,kerana tentera allah meliputi seluruh kerajaan dibumi dan dilangit.khatib membaca surah Al fiil yang menceritakan bagaimana Allah menghantar burung ababil untuk menghancurkan tentera abrahah.Dan akhir sekali khatib memberi tahu para jemaah sekarang allah sedang menurunkan penyakit H1N1..dia bagi tahu apakah H1N1 tu..maksud nya H hanya Allah yang 1 dan N nabi muhammad yang 1,jadi khatib mintak kita kembali ke H1N1 supaya kita terselamat dari semua bala yang Allah turun kan.
Selesai je khutbah nak mula je solat aku dicuit oleh rakan lama..ehh lama tak jumpa...selesai je solat kami terus pergi makan.dia tanya apahal lak kau kat sini.sejak bila terjebak dalam usaha tabligh..heheheh gelak dia.Ana cakap baru jak..dalam 4 tahun.Jadi perbualan kami sekitar uasaha agama.ohhh rupanya dia dah pernah keluar IPB tahun 1995.Karkun lama le nie..tapi disebabkan banyak ujian agaknya dia dah mula slow buat usaha.Padahal rumah dia dgn markas tak le jauh sangat.tapi usaha agama nie kan usaha pilihan allah.Banyak juga cerita dia sekita pengalaman dia khuruj di india,pakistan dan bangladesh.Dia jumpa maulana Saat in person tu kat shahanpor,tempat kg maulana zakaria shaikul hadis yang buat buku taklim tu.Ana pun banyak dengan kakuzari laporan kerja) dia jak.Dia pun mengaku usaha dia agak lemah sebab dah lama tak khuruj.Ana tahu siapa yang pernah buat usaha nie dia akan tahu kenikmatan masa khuruj,hati tenang,tak risau pun dengan keadaan dunia,ekonomi nak meleset ke ,ada penyakit H1N1 ke atau lain lain.sebab kerisauan kita bukan itu ,kerisauan jemaah adalah bagaimana semua harus bangun buat usaha agama agar 5 amalan masjid hidup.masjid hidup 24 jam 100% sembahyang jemaah.mana mana kita pergi percakapan membesarkan allah dibuat.Waktu tu allah akan buat keputusan untuk hantar bantuan seperti allah pernah turun kan di zaman para sahabat.
Belajar khidmat kat dapur markas ganti jemaah penang

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP