HARI KE-24

>> Tuesday, August 4, 2009

Memang kejayaan itu menuntut pegorbanan,sebanyak mana kayu api dikorbankan kedalam api bertambahlah cahaya yang akan menerangkan kegelapan.Sahabat nabi faham maksud ini,mereka sanggup menjadi kayu api,terbakar sakit tidak terperi,ada yang di gergaji kepala,ada yang dipanggang hidup hidup.Hasil pegorbanan sahabat sinar agama melalui amal amal telah marak dengan hebat sehingga madinah di gelar sebagai madinah al munawarah(bercahaya).Cahaya tersebut bukan sahaja bersinar di mekah dan madinah malahan hasil dari pegorbanan yang disambung oleh sahabat2 lain sehingga sinar islam bergemerlapan ke seluruh dunia.Pegorbanan sahabat telah diiktiraf oleh Allah sehingga mereka telah mendapat redha Allah sehingga mereka di panggil Raddiallah hu anhum.ada dikalangan mereka yang telah dijamin syurga semasa mereka masih hidup lagi.
Ana yang hina lagi banyak dosa nie telah dipilih oleh Allah untuk mengikuti perjalanan mujahadah sahabat.Entah apa kebaikkan yang ana buat,malahan dosa melimpah limpah,ana tetap syukur dengan Allah.Permbaca blog tolong doakan ana supaya allah memberi kekuatan kepada ana untuk menyelesaikan khuruj 4 bulan yang dijangkakan selesai bulan nov nanti.Perasaan suka berbaur sedih untuk tinggalkan apa yang kita sayang.Tergiang giang suara anak anak, nurin,faris,anas,anis..masih terdengar dengar suara isteri tersayang yang memberi semangat untuk ana khuruj,sms dari brother yang menyatakan malaikat akan bersama sama orang yang khuruj,nasihat mak abah juga malahan kesemuanya memberi semangat..yang sedang membakar semangat ana yang lemah nie.Maulana di kakrail semalam nasihat ana namanya maulana abd razak ..anta buat kerja agama sampai anta jadi shamsudin...matahari agama biar semua orang dapat cahaya dari matahari..ana simpan nasihat tu.
Di markas kakrail punya lah ramai manusia.jemaah keluar dan masuk 24 jam tidak berhenti samada jemaah lokal atau jemaah luar.kami ditempatkan di kawasan jemaag foregn.Ikut program yang dijalankan setiap lepas solat ada bayan dan taklim.Subhanalah dalam seramai ramai manusia jumpa juga ana dengan teman yg jumpa di madinak masa ana buat haji tahun lepas.Jadi apa apa hal berkenaan masalah ana rujuk kepada beliau.org bangladesh ni kita tak boleh lawan sifat ikram..iaitu dalam melayan tetamu..mereka sanggup tak makan untuk lihat tetamu mereka makan.inilah sifat yang ana nak belajar dari org bangladesh ni.ana nie yang banyak dosa nie hanya nak belajar jadi manusia yang kenal allah,mudah mudahan berkat usaha nabi nie generasi ana kehadapan akan keluar alim alimah,hafiz hafizah yang semuanya bangun untuk usaha atas agama.jadi ana nak belajar belajar jadi kayu api...amin

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP