HARI KE-8

>> Sunday, July 19, 2009

Sms nya berbunyi "bising orang kompleks,tabligh tak bersihkan surau...sampah bersepah" maulana saat dalam bayan nya sewaktu ijtimak di klia banyak menekan soal akhlak.maulana bagi tahu islam ini bukan lah nama mana mana dalam bahagian ibadat.Contoh saya dah sembahyang mananya saya dah islam sempurna,atau saya dah zakat,saya dah pergi haji ,dah complete le keislaman saya.Maulana saat bagi tahu kesempurnaan islam itu hanya akan berlaku jika kita memenuhi syarat yang 5 ini,iaitu :-
1) Iman niat-yakin kita dengan Allah harus diusahakan sehingga ketahap haqul yaqin.
2) Ibadat-sembahyang,puasa,zakat dan haji.
3)Muamalat-jual beli,pajak memajak,pinjam meminjam semua dah ada cara yg telah ditetapkan oleh islam.
4)Muasyarat-hubungan sesama manusia,jiran tetangga,org tua,anak anak dan masyarakat.
5)Akhlak-peribadi muslim.,termasuk kebersihan,tepat pada janji,amanah,tawaduk dan ta'abut.

Jadi semua org sedang menuju ke kesempurnaan agama dalam diri.dan ianya bukan lah mudah keran syaitann dan iblis sebagai musuh utama cuba untuk menipu manusia supaya tidak amal agama..hidayat Allah boleh turun kepada sesiapa sahaja,ada hidayat diturunkan kepada mereka yang jahil lagi bodoh.memang pun selalunya begitu..dikatakan yang naik kapal nabi noh seramai 83 orang pastinya orang tu jahil dan bodoh dunia.kerana kalau dia pandai pasti dia tak mahu naik bahtera yg di bina dipuncak gunung.Begitu juga Allah memilih nabi Muhammad yang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis sedangkan ketika itu ramai cerdik pandai di negara Rom dan Parsi yang mempunyi tamadun yang hebat.Begitu juga dgn usaha agama ini peringkat awalnya Allah sengaja memilih mereka yang jahil agama,tidak tahu adab masjid,tak tahu sembahyang pun ada,bekas bekas penagih dadah. yang pengotor dan berbagai golongan lagi,(rujuk surah al Fatir ayat 32)  kerana apa apa Allah memilih mereka untuk buat kerja mulia ini,sebab dihati mereka walau pun mereka jahil,mereka penagih,mereka pengotor dan sebagainya tapidi hati mereka ada keinginan yang tinggi untuk ubah hidup mereka.

Ilmu agama ini milik allah,Allah boleh ajar kepada sesiapa pun yang Allah mahu,bagi allah tiada apa yang mustahil,kini asbab pegorbanan mereka yang terdahulu,dihina dihalau dan berbagai lagi tomahan,mereka ini tetap berjuang untuk buat kerja yang mulia ini.Sehinggakan hari ini bila golongan yang dikatakan kaki masjid beransur ansur meninggalkan dunia ini tidak ada generasi muda yang menyambung.Anak anak mereka lebih diajar untuk menjadi doktor,engineer,usahawan hebat dan akhirnya dengan fahaman materialistik yang dah dipahat dalam pemikiran mereka..generasi muda tidak dapat melihat keuntungan datang ke masjid,takde hasil yang nampak.malahan semakin dekat kepada agama semakin miskin.

bersambung...

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP