HARI KE-7

>> Sunday, July 19, 2009

 
markas jemaah  malaysia
Diam tak diam dah seminggu duduk di markas sri petaling,bangun awal macam biasa tapi lepas bayan mengantuk last sekali tertidur juga.Bangun gi rendam baju.Teringat pulak besarnya jasa isteri dirumah basuhkan baju,lipat baju orang lelaki macam aku nie tukang pakai dan yang paling tak best tukang sepah sepah kan baju kotor.Semua kita menyangka bahawa kerja isteri dirumah cuma cuci baju,masak makanan,kemas rumah,jaga anak dan lain lain yang sewaktu dengannya.

Dalam satu bayan sewaktu ana keluar masturat(jemaah lelaki bersama isteri) maulana yang bagi bayan tu beri tahu bahawa tujuan dan maksud kaum wanita Allah turun ke mukabumi ni maksudnya sama macam orang lelaki.Iaitu bagaimana nak sempurnakan agama dalam diri kita.maknanya kalau orang lelaki kena usaha atas iman orang wanita pun sama.Jadi kasihan juga wanita yang hari ini kita lihat mereka jarang di beri peluang untuk belajar agama.Santapan mata mereka adalah tv yg banyak mempengaruhi pola pemikiran mereka dan akhirnya apa yang ada dalam tv tu nak diadakan di dalam rumah rumah  mereka.lalu mereka membuat request kepada suami suami mereka supaya mengadakan itu dan ini.Maaf ini bukan semua isteri begitu,ini hanya secara am sahaja yang berlaku pada masa sekarang.

Jadi islam telah mengariskan beberapa nasihat untuk wanita,supaya mereka jangan hanya sibuk dengan masak memasak dan cuci mencuci sahaja,kerana mereka juga mempunyai tugas yang lebih mulia .apakah yang mereka perlu lakukan di rumah.
1) Solat awal waktu-seandai solat dilambatkan sehingga terluput akibat kedatangan haid percaya suami  
     dosa  itu akan bukan sahaja tertanggung atas isteri bahkan suami juga..
2)Adakan majlis taklim dan taklum dalam rumah bersama muzakarah 6 pekara.
3)Baca al quran dan zikir harian
4)Hidup sederhana
5)Hidupkan sunah nabi dalam rumah.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP