HARI KE-9

>> Tuesday, July 21, 2009

Ana ni jadi  macam org tengah kira hari bila nak abis lemah betul iman..Sahabat nabi kalau pergi tak tahu pun bila nak balik.Itu bukan pergi khuruj macam skrg pergi perang ada yang jenazahnya ke mana pun tak tahu.Cuba bayangkan bila selesai je memberi ktubah wida' di hari arafah pada tahun ke 11 hijrah.Nabi bagi tahu dengan semua sahabat yang hadir dikatakan124 ribu orang.Selepas ini tiada nabi akan diturunkan untuk memberi peringatan.Hendaklah sesiapa yang hadir disini menyampaikan kepada sesiapa yang tidak hadir,sehingga orang yang terakhir dikalangan kamu lebih memahami.

Selepas nabi memberi amanat,pulang ke madinah beberapa bulan kemudian nabi pun wafat.Seluruh sahabat faham tentang amanat nabi lalu mereka bertempiaran ke seluruh dunia untuk menyambung kerja yang telah nabi serahkan kepada mereka agar terus mengenalkan manusia kepada Allah.Ana sendiri pernah mengunjungi makam mua'lah di mekah,perkuburan baqie' di madinah dan perkuburan di uhud tidak sampai pun 10 ribu makam sahabat yang berada di bumi hijaz.Seain nya makam2 mereka ada yang diketahui ada yang tidak diketahui.Ada sahabat yang sampai ke china seperti hazrat saat,ada yang sampai di india,pakistan,afrika dan ada yang sampai di indonesia.
Bila usaha agama dijalankan sahabat2 dan org org terdahulu sanggup bersusah payah semata mata kerana agama,mereka telah menjadikan kerja nabi ini sebagai maksud hidup mereka. dan akhirnya usaha mereka telah mencapai kejayaan sehingga di zaman Umar islam telah mengusai 3/4 drp dunia ini.Dan yang paling hebat asbab pegorbanan merekalah kita yang di malaysia nie tidak diturunkan nabi kita dapat nikmat islam.Kalau tidak tak tahulah batu mana yang kita sembah ,pokok mana yang kita sujud.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP