HARI KE 10-14

>> Tuesday, July 28, 2009

Agak lama juga tak update blog..bukan apa sibuk juga dgn kerja kerja menguruskan visa india,pakistan dan bangladesh.Sehingga hari nie baru dapat bangladesh je.India telah tolak 3 kali,pakistan baru hari nie nak masuk.Ada juga call kawan kawan yang biasa ke pakistan.mula mula tu nak tolong juga tapi bila ana cakap yang visa tu nak digunakan untuk maksud khuruj sampai hari nie pun tak balas balas sms,walaupun dah sms beberapa kali.Jadi ingat adab usul bila kita khuruj..tak boleh mintak dan tak boleh harap pada makhluk.Bila kita khuruj nie kita nak belajar takluk kita mesti pada Allah.kita pun selalu sgt baca ayat ni..dalam Al fatihah kita dah mengaku dgn Allah sesungguhnya Dia lah tempat kita menyembah dan Dia lah tempat kita meminta tolong.Wajib baca fatihah 17 kali sehari semalam.Rupa rupanya khuruj ni nak latih kita yakin hanya dgn Allah.

Tidak bermakna pulak kita menolak syariaat.Hakikatnya Allah lah yang hilangkan haus bila kita minum.Tetapi syariaatnya kita perlu minum air.minum cara nabi kita berjaya dunia dan akhirat tetapi minum tidak cara nabi dpt hilang haus je.

 
Di grand lotus nak apply visa india
Maulana Hamzah pesan kat ana semalam,kejayaan manusia adalah apabila kita taat perintah Allah dengan tarikat nabi Muhammad.Seajauh mana kita yakin dgn allah amat penting kerana dia adalah prinsipal yang utama.seandainya kita gagal dalam mentauhidkan Allah dalam diri kita maknanya semua amalan kita akan jadi sia sia.Seram kita dengarkan selama nie kita sembahyang,puasa,zakat dan belanja beribu ribu untuk haji dan umrah.Persoalan nya asas foundation kita dalam mentauhidkan Allah tu betul ke.Sebab tu Rukun Iman yang pertama mesti yakin dgn Allah.Adakah kita yakin dengan Allah.Adakah dalam hati kita ada Allah.Kalau kita tersepak batu apakah keluar dari mulut kita?Kalau kita sakit apakah lintasan hati kita samada ubat,hospital,doktor atau Allah..Seandainya yang keluar dari mulut kita selain darin Allah ..kita harus fikir fikir semula syahadah kita...

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP