HARI KE 6

>> Saturday, July 18, 2009

Firaun gagal bukan kerana kuasa yang dimiliki,begitu juga Qarun gagal bukan kerana harta yang dimilki,mereka gagal atas satu saje alasan.iaitu mereka tidak mengambil agama dalam kehidupan mereka.Apa sahaja yang ambil agama dalam kehidupan pasti akan berjaya.Cuba lihat sahaja sekeping kertas surat khabar yang ditulis dengan pekara yang bukan agama islam ,kalau kita gunakan untuk bungkus nasi lemak selepas makan kita buang dalam tong sampah,tiada siapa yang akan kutip semula untuk muliakan kertas tu.tapi kalau kertas yang sama dicetak dengan ayat ayat Allah kalau kita jumpa ditempat yang tidak sepatutnya mesti kita akan kutip dan diletakkan di tempat yang betul.begitu juga dgn karpet yang dihamparkan di tempat tempat hiburan akan dipijak dan semua kotoran dari kasut akan terlekat.Tetapi kalau karpet yang sama di hamparkan di masjid jatuh tahi cicak pun kita akan bersegera untuk membersihkan karpet tu.Begitu juga dengan batu batu yang dijadikan bahan binaan masjid,binaan itu akan menjadi kenderaan kita untuk melintas titian sirat tetapi batu batu yang sama dijadikan berhala ianya akan menjadi bahan bakaran api neraka.

Bayangkan kertas dan karpet yang pilih agama pun jadi mulia apa lagi manusia yang Allah cipta paling sempurna.Jadi manusia yang pilih agama akan berjaya,hati jadi tenang kita akan jadi mulia lebih daripada harta,pangkat,kuasa yang kita miliki.Tetapi kalau kita tidak pilih agama maka kita akan jadi hina,fikiran berserabut martabatkita akan jadi rendah kerana harta,pangkat dan kuasa lebih bernilai daripada kita.
Berapa ramai hari ini manusia menjadi mulia bukan kerana dirinya mulia,tetapi dipandang mulia kerana kedudukan,pangkat,kuasa,harta yang ada pada dirinya.Inilah manusia yang paling rugi kerana apabila mati nanti tidak ada satu pun yang dibawa hartanya menjadi harta orang lain,pangkat dan kedudukan yang diperolehi dengan cara merasuah,pijak kepala orang lain akan terlucut dengan sendiri walau pun kita adalah anak raja yang dapat pangkat dan kedudukan secara automatik juga.Jadi kita harus merasa kasihan melihat kesombongan manusia apabila dia dianugerahkan kuasa harta dan pangkat.semua itu akan terlucut walau pun tiada siapa yang menggugatnya.Mati tidak pernah berhajat kepada tua,mati tidak pernah berhajat kepada sakit..mati akan pasti berlaku seperti mana perjanjian kita dengan Allah di Lauh Mahfuz..

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP