hari ke 5

>> Friday, July 17, 2009

Jumaat hari nie..sekejap je masa berlalu..hari insyallah dapat keputusan samada visa kami ke india diterima atau reject.Banyak yang yang tak lulus.Memang sejak islam ini di istihar teroris oleh pihak musuh jemaah kami mengalami kesukaran untuk masuk ke India.Tapi bagi ana semua adalah datang dari Allah,Allah nak uji dikalangan hambanya siapa yang sabar.Tetapi kenapa India?mesti ramai nak tahukan?kenapa tak tanah Arab yang dikenali sebagai bumi Anbia.Maulana Alias rah telah memulakan usaha agama ini pada sekitar tahun 20 an.Beliau berasal dari satu daerah yang miskin dikenali mehwat.Apabila beliau pulang ke mehwat kerisauannya amat ketara kerana banyak manusia sudah jauh dari Allah yang maha pencipta.Masyarakat ketika itu sudah tidak dapat membezakan yang mana adat dan yang mana ibadat.Kehidupan orang islam sudah menyamai kehidupan orang hindu.Kerisauan Maulana begitu ketara lagi apabila madrasah yang dibina hanya melahirkan ilmuan sahaja,tetapi dari amalan menghidupkan masjid seperti mana masjid nabawi yang hidup 24 ketika hayat rasullulah tidak berlaku.Walaupun ilmu tinggi orang islam tidak dapat mempamerkan akhlak yang baik.
 Dengan dibantu oleh mukjizat yang terbesar iaitu Al Quran dan cahaya al hadis maulana akhirnya membuat keputusan untuk kembali menggunakan tertib yang dibuat oleh nabi.Iaitu berdakwah dengan cara nabi,berjalan dari lorong ke lorong,rumah ke rumah,sawah ke sawah,kebun ke kebun untuk merayu manusia untuk menghidupkan masjid dengan amalan dakwah,taklim,ibadat dan khidmat.Memang lah usaha ini agak mujahadah,kerana kefahaman orang islam ketika itu apabila dah ucap kalimah Tauhid kira sudah beriman sedang berkali kali Allah berfirman dalam Al quran bahawa iman nie takde jaminan.Tidak ada yang mati berjumpa dengan Allah dalam keadaan beriman yang diperolehi secara percuma.Buktinya tidak ada sahabat yang begitu mudah untuk dapat iman.sebut je nama bilal,khabab,sumayah,zaid,zubir dan lain lain mereka melalui penderitaan yang hebat.
Begitu juga dengan maulana laluan yang begitu sukar,dalam  dakwahnya hanya beliau mahukan semua manusia keluarkan kebesaran makhluk dalam hati dan masukkan kebesaran Allah.Dia mengajak manusia yakin bahawa ketenangan,kejayaan dan kebahagian hanya ada dalam agama.Caranya ikut perintah Allah dengan amal cara nabi Muhammad saw.Tidak ada kejayaan dalam mengumpulkan harta,dalam pangkat,kuasa dan sebagainya.10 tahun maulana berhempas pulas..mengajak manusia lagi dan lagi akhirnya jemaah 3 hari dapat dibentuk..Semasa bayan hidayat maulana kata dunia sudah berubah.Jemaah yang dibentuk itu kebanyakkannya quran pun mereka tak pandai baca,hukum hakam agama mereka kurang arif,tetapi kenapa maulana kata dunia dah berubah jadi mereka kehairanan.Maulana kata satu hari nanti penduduk dunia akan datang ke sini dan belajar agama dengan kamu.Jemaah yang baru dibentuk tu jadi kehairanan dengan kata kata maulana.Panjanglah cerita nie..mungkin dari masa ke semasa ana cerita

Sekarang di mehwat setiap rumah sudah dihidupkan dengan amalan dakwah,taklim,ibadah dan khidmat sehingga di rumah rumah mereka lahir hafiz dan hafizah,alim dan alimah sehinggakan orang dari seluruh pelosok dunia skrg datang ke mehwat untuk belajar agama.

VISA KAMI GAGAL...HUHUHUHU ISNIN BUAT BARU LE SEBAB KEDUTAAN MINTAK BEBERAPA DOKUMEN TAMBAHAN

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP