HARI KE 4

>> Friday, July 17, 2009

Hari ni aku cuci baju..bayangkan setiap air yang mengalir sewaktu mencuci baju itu semua menghasilkan pahala.Hebat Allah kerana mengurniakan anugerah yang besar bagi sesiapa yang keluar jalan Allah.Debu debu yang melekat di baju orang yang keluar jalan Allah akan haramkan dari terkena api neraka hatta asapnya.Sepagi atau sepetang kita keluar jalan Allah lebih bernilai dunia dan seisinya.

Siapa yang tak mahu dengan janji Allah.Kelemahan manusia hari ni lebih yakin dengan janji makhluk lebih dari janji Allah.Kalau manusia yang janji tak banyak soal terus je percaya.Tapi kalau Allah janji nak kena tengok soal siasat dulu,baru nak percaya.Inilah yang kita kena betulkan..Sahabat dulu dengan satu ayat je mereka akan taat dan patuh..tetapi kita hari ini perintah dakwah diulang ulang beratus kalidalam quran kita masih mahu menafikan bahawa dakwah adalah kerja kita.

Ramai yang menyangka bila satu ustaz datang ke masjid kita mengajar di depan dengan didatangi oleh beberapa jemaah tetap...yang rata rata telah tua..banyak kipas dari hadirin yang datang telah selesai kerja dakwah?Tidak kerja diatas bukan dakwah itulah namanya taklim wal taklum..belajar dan mengajar...penting tak..pastilah memang penting sebab ianya juga diamalkan oleh nabi.Apa maksud dakwah?kita datang kepada manusia,berjumpa 4 mata dan hati ke hati..bercakap kebesaran Allah.Kepada yang beragama bukan islam kita menyeru mereka kepada islam.Kepada yang islam kita ajak mereka dekat dengan Allah sehingga mereka yakin dengan amal akan selesaikan masalah dunia dan akhirat

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP