HARI KE-18

>> Thursday, July 30, 2009

Al fatihah
Selesai je bayan magrib maulana hamzah,seorang hambaallah yang dalam kesakitan cuba bangun untuk mengambil wuduk,dan ketika itulah dia terjatuh lalu syahid.Kita sedekah kan al fatihah untuk mohammad hasbullah.Ana sendiri selepas solat isya terus bergegas mahu melihat sendiri jenazah beliau.Satu perasaan ngilu masuk menusuk ke jantung ana.Sorang jemaah dari arab dalam bahasa arab bercakap..Alhamdulilah jannah...Ya Allah ana tak boleh bayangkan cahaya yang keluar dari wajahnya.dan perkataan jannah yang disebut oleh jemaah arab tadi mengingatkan ana kepada maut.Sebentar tadi malaikat maut disini mengambil nyawa mohd hasbullah.Tadi beliau sedang menghadapi sakaratul maut.Janji Allah yang menyatakan bahawa sakaratul maut pasti datang telah dihadapi oleh beliau.Nabi musa kata sakaratulmaut itu seperti kulit kita dicabut hidup hidup..

 
Sedang ikram kawan dari sungai Way

persoalannya bila giliran ana,Ya Allah banyaknya dosa.Mungkin sewaktu kita hidup kita tak kisah dengan mati.sebab kita kata kita sehat,kita kata kita muda.Tapi mati tidak berhajat kepada tua,mati tidak berhajat kepada sakit.Allah boleh ambil nyawa kita bila bila je.Tinggallah isteri kita yang cantik,tinggallah harta kita samada banyak atau sikit,kereta mewah pun tinggal,kalau kita berpangkat,pangkat kita akan dilucutkan..Yang dibawa hanya iman dan amal kita.Sewaktu tu janji Allah yang kita baca,yang kita dengar akan muncul,sewaktu itu secantik mana pun muka kita,selangsing mana pun badan kita..bila melayangnya nyawa semuanya akan kelihatan beku,kaku.Suami atau isteri dan anak anak yang sayangkan kita pun hanya memerhati dari jauh.Kita diselubung dgn kain batik.baringlah kita seorang diri.mana isteri yang kata sayangkan aku,mana anak yang sering didakap sewaktu anak mahu pergi sekolah..Mana kawan kawan yg sering memuji kehebatan kita.semua hilang.Nyawa sudah keluar ibarat burung telah terbang dari sangkar.Sangkar sudah tidak bernilai lagi.
Sewaktu kita hidup kita sibuk mencantikkan sangkar kita,tetapi lupa burung yang didalam nya lebih berharga tidak diberi makan.Sewaktu kita hidup kita sibuk dengan mencantikkan tubuh badan kita,risau kalau badan terlebih gemuk,jerawat seketul pun kita dah tak boleh tidur makanan yang hebat hebat ,sibuk membeli pakaian yang hebat hebat,rumah dibina ala istana kereta yang mewah.Tapi itu semua kecantikkan kosmetik sahaja.Rohnya yang ada didalam hidup dalam keadaan daif tidak diberi makan dengan makanan agama,seperti solat,quran,zikir,sedekah dan sebagainya.Akhirnya bila roh dicabut oleh Allah ,jasad yang dicantikkan tadi sudah tidak bernilai.Roh pulang kepada Allah dalam keadaan miskin,busuk dan bermulalah perjalanan derita.Bukan sekadar dialam kubur akan disiksa malahan perjalanan seterusnya mashar,mizan,titian sirat dan akhirnya dihumban kedalam neraka..nauzubillah.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP