HARI KE-28

>> Sunday, August 9, 2009

Dalam kehidupan masyarakat kita hari ini ada macam2 masalah. Masalah Dadah, Rempit, Kecurian, Ragut, Pembunuhan, Zina, Rasuah dan macam-macam lagi.. TAHUKAH APA PUNCANYA? Sebab rahmat ALLAH tak turun pada kita. Kerana tempat turun rahmat adalah masjid. tapi hari ini, masjid tak hidup... lengang.. mcm tak ada penghuni.. jangan kata rahmat, kasut buruk pun kena curi, duit masjid dengan tabung2 sekali dibawa lari. jadi semua kita ni kena azam untuk bagi masa supaya masjid dihidupkan. hidupkan masjid 24jam dengan amal masjid dakwah, ibadah, taklim, ziarah dan khidmat. kalau rumah kecurian ramai yang hilang duit sanggup kita tubuhkan rukun tetangga untuk jaga supaya pencuri tak masuk. tapi bila rahmat allah tak turun sbb amal masjid tak hidup, kenapa kita tak sanggup untuk jaga. mana penting DUIT atau RAHMAT ALLAH? Hindun benci dengan islam tapi bila rahmat allah turun dia pun masuk islam. hari ini jangan kata org kafir nak masuk islam, org islam sendiri pun murtad keluar dr agama islam. nauzubillah....Semuanya gara2 rahmat dan hidayah ALLAH tak turun.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP