HARI KE-26

>> Friday, August 7, 2009

Sampai ke Sirajgon jam 10am, naik bas not bad cuma takde aircond... Beg semua besar2 macam dah kena halau dek isteri. Pening juga amirsab nak manage beg2 tu. Terus ke markas dan diberi route masjid yang berdekatan tapi naik beca jugalah. Memang betul kata maulana semalam kalau emas kita tak pindahkan dari lumpur ke kilang membuat emas, emas tidak ada harga.. begitu juga dengan iman kita yang rosak ni takkan dapat dibaiki kalau kita cuma dirumah, ia harus dipindahkan ke kilang iman iaitu masjid.. dikilang emas, emas akan dibakar, dicairkan, ditempa dan berbagai proses dan akhirnya barulah emas kelihatan kemilaunya dan bolehlah dipamerkan dikedai emas, begitu juga iman, khuruj ni umpama kita sedang dibakar, dicanai, dan ditempa sehingga iman terbentuk. selesai khuruj barulah sinaran iman akan terpancar.

Hari ni, untuk masuk iman kita tidak mahu berpindah. Nabi sendiri berpindaj dari mekah ke madinah urntuk memantapkan iman seluruh umat islam ketika itu. dan kesan dr mujahadah mereka di madinah dimana semua perang berlaku di madinah (BADAR, UHUD, TABUK dll) .. dalam perperangan ini semua sahabat telah diuji keimanannya selama 13 tahun. dan akhirnya setelah diuji dengan pelbagai ujian mereka kembali ke mekah dalam peristiwa fatah mekah dan sinar islam telah menyinar ke seluruh dunia. dimana Malaysia yang tidak diturunkan nabi juga kita dapat beriman kepada ALLAH.. Pesan maulana semua kena khuruj di jalan ALLAH supaya kita dapat menjadi sebahagian dari sinar islam kalau tidak dpt menyinar ke seluruh dunia sekurang-kurangya sinar dalam hati kita yang penuh maksiat dan dosa dan juga untuk ahli keluarga kita

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP