Selamat berpuasa
>> Monday, August 31, 2009
Selamat berpuasa..hehehe..agak lewat ucapkan selamat berpuasa sebab jemaah ana baru keluar dari satu kawasan yang agak pedalaman.Jangan kata kan internet beberapa hari juga tak tengok kereta.Nama kawasan tersebut ialah Thahana.Jadi kami sempat khuruj 3 buaj masjid di kawasan tersebut.walau pun penduduknya miskin tetapi kami respect melihat kesungguhan mereka untuk hidupkan amal agama dalam kehidupan mereka.hari ini kita beri macam macam alasan untuk amal agama sempurna dalam hidup kita.Tiada kuasa politik,tiada kuasa ekonomi ,tiada masjid yg sempurna ,tiada itu dan tiada ini.Kita menyalahkan banyak pihak salahkan pemimpin itu salahkan pemimpin ini,salahkan mak bapak dan macam macam sedangkan yang nak mati dan masuk kubur dan bertemu dgn malaikat munkar dan nakir adalah kita.
Dikawasan yang ana masuk nie mereka nak makan pun tak cukup,membanting tulang separuh mati dgn mengayuh beca,tanam padi, tanam jut yang dapat seberapa sen.Waktu kami balik dari thahana ke sirajgonj kami naik beca yang jauh nya hamper 12km dan tukang beca hanya dapat sekitar 80takka atau rm4..Tetapi semangat agama mereka tinggi.Ini dapat dilihat dari suasana sembahyang jemaah.bila azan je berduyun duyun orang dating untuk sama sama berjemaah.Bila taklim berebut rebut nak duduk depan ..duduk dengan penuh tawajuh.Bila kami bayan sepatah haram pun mereka tak faham tetapi mereka duduk dengan tawajuh seolah olah mereka faham.Sempat juga ana khususi atau ziarah orang orang ternama dikawasan tersebut.Profesor universiti,akuantan,dan pembesar kampong mereka, rindu dgn suasana macam nie,masyarakat bersatu padu walaupun miskin.Bila kita taskil untuk keluar jalan Allah banyak mereka mempunyai masalah kewangan tetapi jemaah di jamu dengan macam macam makanan.
Banyak pengajaran berharga yang ana belajar disini tak dapat nak ditulis,cumayang ana nak sampaikan kalau pembaca diluar sana nak belajar iman datang le sini.Kalau kita hanya di Malaysia kita tak akan dapat bina iman yang sempurna,bukan maknnya iman ana dah sempurna tetapi ana bercakap dgn apa yang ana lalui beberapa hari nie nak bina iman sebenarnya adalah atas dasar keinginan dan hidayat allah.masa tak cukup dah nak masuk waktu asar..nanti ana sambung lagi