WASIAT UTK ISTERI DAN ANAK-ANAK

>> Saturday, August 15, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah. Ketahuilah kejayaan manusia hanya ada dalam agama,
ikut perintah allah dan amal cara nabi.

Yang berkuasa hanya Allah.
Tidak berkedip mata tanpa izin dari allah.
Allah Maha Raziq, pemberi rezeki.
Kucing didarat pun allah lah yang beri rezeki.
Ikan yang hidup di laut juga allah yang beri rezeki.
Cicak yang merayap juga allah yang beri rezeki
hatta serangga yang berterbangan juga allah beri rezeki..

Inilah kalimah iman Lailahailallah...
Makhluk akan dapat memberi manfaat hanya dengan izin allah.

Isteri dan anak2 ayah,
untuk dapat hakikat iman ang betul dalam hati kita
pengorbanan perlu dibuat dengan masa, diri dan harta,
sebab tu melangkah jer ayah keluar dari rumah
Malaikat telah doa 3 perkara;

Ya Allah Kau ampunkan lah suaminya yang keluar jalan Allah,
Ya Allah Kau ampunkan isteri, anak dan seluruh isi keluargnya
dan ketemukan mereka dalam syurga.
Subhanallah.....

Isteri dan anak2 ayah yang mulia,
Allah janji sekiranya kita mati dengan bawa iman sebesar debu pun
allah akan bagi pahal syurga 10 kali ganda dunia.
di syurga kita akan hidup tanpa ada kematian.
kita akan kaya dan tiada miskin
kita akan muda dan tidak akan tua
kita akan sihat tiada sakit
sebiji buah dimakan akan terasa lazatnya sampai dihujung bulu roma.
minum dan bersenda gurau...
sebab itu, kenikmatan ini kita akan dapat sekiranya kita usahakan atas iman kita.

Isteri dan anak2 ayah yang soleh dan solehah,
sudah pasti semua merasa sunyi dengan ketiadaan ayah,
semua pengorbanan ini akan terbalas
setiap airmata yang jatuh akan ditimbang
dan akan memadamkan api neraka..
sekranya menghadapi apa-apa kesulitan
wuduk dan solat 2 rakaat minta bantuan Allah
jangan harap kepada makhluk dan meminta dengan makluk
setiap kesulitan yang datang adalah ujian dr allah
untuk tingkatkan iman kita..
Insyaallah............

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP