>> Thursday, August 20, 2009

selepas masjid malsapara kami berangkat pula ke Courth masjid yang berada di mahkamah sirajgonj,2 hari kami disana buat usaha atas orang disekitar pekan dikawasan masjid,ada pulak jumpa bangla boleh cakap melayu.Ana tanya dulu kerja kat mana.dia cakap kerja kat Gomali estate.Hah dekat kampung ana semua kampung kawasan situ dia tahu.Kg awat, Kg baru,kg Lubuk kepung mana tak 12 tahun kat malaysia.Memang ramai bangla yang kami jumpa boleh cakap melayu sebab faham faham le kat malaysia ramai bangla..sampai kat raipur masjid lagi banyak bangla yang boleh cakap melayu.memang masalah kami takde murtarjim atau pun penterjemah yang betul betul tahu bahasa malaysia.Jadi kat masjid raipur bila kami lihat ada yang bangla boleh cakap melayu kami pujuk diaorang jadi murtarjim.Selepas masjid raipur kami bergerak ke central masjid setiap masjid hanya 2 hari sahaja.sorang demi seorang jemaah tumbang demam.mungkin cuaca yang panas dan hujan bersilih ganti,demam rindu agaknya..paling berat pak mulyadi ,bangun cuma untuk sembahyang je.Malam berikutnya doktor datang ke masjid untuk rawat pesakit dan bagi ubat.alhamdulilah memang ubat tak menyembuhkan penyakit tetapi secara syariaatnya kita kena usaha.

Nama dr tu DR Yusuf ,dia panggil semua jemaah yang sehat..hampir 70% jemaah dalam kedaan tidak sehat dgn pelbagai sakit..macam macam le..dia bagi tahu jemaah kenapa kita datang ke Bangladesh sedangkan di Malaysia juga boleh sembahyang,puasa,zakat dan boleh berangkat dari malaysia untuk pergi haji.Jadi tuan tuan datang ke bangladesh adalah atas satu maksud iaitu bagaimana nak usahakan yakin kita kepada Rob.Nak usahakan atas iman yakin.nak usahakan atas iman yakin tak boleh belajar di rumah semua ini perlu proses mujahadah.bila Syaidina Abu Bakar melalui proses mujahadah pergi hijrah bersama nabi ke madinah,mereka telah menyorok di gua Tsur.Orang orang kafir mekah telah sampai dimuka gua dan seandainya mereka melihat kebawah sahaja mereka akan nampak nabi dan Abu bakar yang bersembunyi..Nabi cakap kat abu Bakat La tahzan..jangan bersedih allah aka bersama sama kita.Syaidina Abu Bakar sudah merasa amat takut yang amat sangat,pada ketika itu allah menghantar bantuan bila mana labah labah membuat sarang burung merpati membuat sarang dan bertelur..jadi seolah olah tiada siapa yang berada didalam gua.Bila Abu bakar melihat bantuan Allah sampai iman yakin akan meningkat.Begitu juga bila jemaah khuruj keluar dari kawasan kita dan bermujahadah,takluk hati hanya pada Allah waktu itu bantuan Allah akan sampai dan iman yakin kita akan meningkat,dan ianya akan dapat dirasai bagi mereka yang bermujahadah.Hari ini rata rata umat islam beriman tetapi sejauh mana tahap keyakinan mereka kepada Allah .

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP