>> Thursday, August 13, 2009


Hari Kedua kami berpindah ke masjid malsapara, sebelum berpindah kami diberi adab-adab perjalanan. Ini adalah sunnah nabi. Sebelum itu jemaah diberi masa utk khidmat pembersihan masjid, sampah-sampah dikutip. Semua jemaah diingatkan jangan tertinggal apa-apa barang seperti kayu sugi, berus gigi, sabun dan lain-lain. Dalam masa yang sama jemaah dilarang untuk mengambil barang-barang masjid. Akhirnya pak mulyadi berdoa diiringi dengan deraian airmata, kerana pasti banyak adab-adab masjid yang kami sedar atau tak sedar telah kami langgar dan yang paling penting hak sesame saudara islam iaitu hak ingat mengingatkan tentang kalimah lailahailallah. Kami taku diakhirat nanti mereka akan menuntut hak-hak mereka. Satu orang, mati dihujung dunia tanpa beriman dengan Allah , seluruh orang islam akan bertanggungjawab. Kita mati dengan amal akhirnya kita akan bankrap amal. Dan akhirnya dicampak Allah dalam neraka.. Nauzubillah..
Masjid malsa para kami datang dengan semangat, masjid yang lepas kami gagal keluarkan jemaah tunai. Masjid ini kami berazam nak tingkatkan amal dan nak keluarkan jemaah tunai. Hari pertama ada kematian orang kampong. Rupanya mazhab mereka melarang sembahyangkan jenazah dalam masjid. Sembahyang jenazah depan round about yang jauh nya lebih kurang 100 meter dari masjid. Tak kira lah nak sembahyang di mana tapi ini lah janji Allah yang pasti dating dalam apa jua keadaan. Samaada kita bersedia atau tidak. Mati tidak berhajat kepada umur, tidak juga berhajat kepada sakit. Sesiapa yang telah ditetapkan akan pergi tanpa dilewatkan walau sesaat pun. Semasa dalm kandungan ibu pun Allah cipta anggota badan kita, tangan, kaki, mulut, telinga dan sebagainya. Macam takde kegunaan, tapi apabila kita bertukar ke alam dunia baru kita faham pentingnya nata, telinga dan sebagainya. Bila sampai dunia, kita dikenalkan dengan kalimah iman Lailahailallah dalam quran dan hadis pun ada cakap pasal iman, seluruh para nabi dan anbia pun mendakwahkan kalimah yang sama.
Kita pun tertanya-tanya penting ker iman sebab suasana didunia ini kelihatan wang lagi penting sebab semua barang nak beli kena ada wang, kerja, bisnes, kebun, emas, minyak lalu manusia menghabiskan masa dan waktunya 24jam untuk mencari kekayaan dunia, siapa yang ada kekayaan dunia dilabelkan sebagai Berjaya. Sampai mereka lupa pesanan nabi yang menyatakan iman la yang paling penting. Apabila kita masuk kedunia baru kita faham pentingnya tangan seandainya diri dilahirkan tanpa tangan ia tiada peluang untuk masuk balik dalam kandungan ibu supaya disempurnakan penciptaan tangannya. Begitu juga bila kita pindah alam kubur baru kita faham pentingnya iman. Malaikat Tanya soalan iman.. MAROOBUKA.. sekiranya kita tak boleh jawab kita pun tak boleh kembali ke dunia untuk sempurnakan iman kita yang tidak diusahakan, ana bercakap sebegini, bukan lah nak suruh tutp bisnes, jual kebun, berhenti kerja dll. NO! bukan itu cara islam. Caranya ialah disamping kita sibuk dengan hal dunia bagi masa juga pada agama. Bukan sekadar solat yang anak maksudkan ialah buat dakwah seperti yang dibuat oleh nabi Muhammad saw.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP