PEMBENTUKKAN JEMAAH

>> Wednesday, July 15, 2009

Setelah di targhib(dinasihat dgn bersemangat) oleh Maulana2 yang memberi bayan,dengan semangatnya aku mengangkat tangan tanda sedia untuk korbankan masa,diri dan harta ke jalan Allah.Sebenarnya aku pun takde kekuatan dgn kesibukkan kerja dunia aku pun tak pasti ada kekuatan atau tidak.Tapi ana berdoa dgn Allah Rob yang menciptakan manusia dari setitis air yang hina ini agar memilih ana untuk belajar buat usaha agama.


setiap kali mengangkat tangan air mata akan turun dan tidak dpt dsekat sekat lagi.Abah(org tua ana) tanya beberapa kali jadi ke nak keluar,keluarga macamana,bisnes macamana..ana diamkan sesekali air mata bergenang juga kat tepi mata.Allah maha berkuasa dan ana bersyukur sangat dapat isteri yang faham perjuangan suaminya.Dialah isteri dunia dan akhirat yang kalau ana ditakdirkan masuk syurga..Ya Allah ampun le dosa hambamu yang tak layak masuk syurga nie..dialah yang akan jadi ketua bidadari dalam syurga.Dia lah sering mendoakan ana sehingga ana rasa teruja untuk keluar 4 bulan nie.Sms yang dihantar langsung tidak menunjukkan rasa gelisah kerana akan ditinggalkan selama 4 bulan.Itulah isteri ana Zurriyati abd ghani semuga Allah terima pegorbanan dia.amin...

Bayan hidayat(bayan nasihat utk jemaah yg mahu keluar) bermula pukul 10am.Bayan oleh maulana saat sebagai mirsab dunia.Banyak le nasihat nasihat yg diberi dan bayan selesai pukul 2.30pm dan di doakan oleh maulana zubir sebagai orang lama dalam jemaah.Setelah selesai doa bermakna secara rasminya ana sudah khuruj.

Setelah selesai ijtimak, jemaah telah dibentuk dan semua berpindah ke khitta 6,dengan semangat dan berbagai perasaan yg bercampur baur,biasalah tak biasa keluar lama lama nie.Paling lama pun 40 hari itu pun baru 3 kali.Hari ahad 12/7/2009 tamatlah program ijtimak dunia,sewaktu maulana saat sedang bayan jemaah kami telah bergerak ke markas di sri petaling.Md zain jadi amirsab sementara.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP