KHURUJ IPB

>> Tuesday, July 14, 2009

Kejayaan seluruh jin dan manusia hanya ada dlm agama ikut perintah Allah dan amalkan agama cara Nabi Muhammad s.a.w.Catatan nie adalah catatan perjalanan ana khuruj fisabilalh ke negara yg digeruni oleh org ramai iaitu India ,Pakistan dan bangladesh.Ana pun baru baru je belajar kerja nabi nie...org panggil jemaah tabligh..tapi maulana Alias r.h.m kata mana boleh kita puak puakan jemaah nie atas nama jemaah tertentu...asobiah nanti..jadi Maulana Alias kata kalau nak panggil juga panggil tarikul Iman...jemaah yg sdg usaha atas iman.Dulu ana pun anti juga kat jemaah nie..tapi bila kita fikir balik dengar akal yg waras dan terbuka,kita buang hijab ilmu,harta dan sebagai yang kita ada...letak kita nie jadi Alif Lam Mim...(hanya Allah yg mengetahui maksudnya).nafikan keupayaan kita,ilmu kita anggap diri kita Lahaulawalakuwatailla..tiada daya dan upaya...yang besar , yang maha kuasa .yang maha mulia,yang maha melihat,yang maha mendengar adalah Allah.


Jemaah sedang mendengar bayan dari ulama



Setelah kita berjaya membawa diri kita ke alam makhluk yg serba lemah tu..soalan dari ana..siapakah kita yang merasakan diri kita mulia kerana kerja berjalan dari rumah ke rumah ,lorong ke lorong,khemah ke khemah,kabilah ke kabilah telah dibuat oleh nabi Muhammad saw di Mekah dan madinah.Dan hinakah jemaah tarikul iman ini buat kerja yg sama yg dibuat oleh nabi.Apakah hasil yang nampak dipandangan mata dunia bila buat kerja ni?Adakah dengan kita berceramah di padang,di masjid sudah tertunai kerja yang diamanahkan oleh nabi utk kita berdakwah?Apakah punca perpecahan umat hari ini yang sudah tidak dapat membezakan antara adat dan ibadat.Sehinggakan kehadiran kenduri tahlil lebih ramai dari solat berjemaah 5 waktu.Adakah khuruj ke india,pakistan dan bangladesh ni lebih utama dari pergi ke Mekah sehingga ada yg memandang serong bila ada jemaah yg ke IPB tapi belum pergi ke Mekah.Semua ini insyallah akan dikupas oleh blog ini.Yang pastinya hidayat di tangan Allah,kehadiran blog ini bukan utk mempertikai mana2 gerakan agama,persatuan,parti politik dan sebagainya.Segala kesilapan ana menghulur tangan mohon keampunan atas kelemahan ana yg serba daif nie.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP